Monday, October 27, 2014

Manusia Bodoh

Kita manusia terlalu bodoh.
Terlalu malas mengenali pencipta.
Kita manusia terlalu hodoh.
Sehingga perlu permainkan agama.
.
Kita terlalu asyik menghakimi
Sehingga terlupa perbaiki diri.
Kita gemar manusia rupawan.
Sehingga lupa hati itu hakiki.

Syurga itu kita pasti
Neraka juga kita tujui.
Ditegur katanya mendengki
Dicontohi katanya puak Israeli.

Belakang orang kita meracuni
Bila berjumpa bunga diberi
Sudah lumrah manusia pengecut.
Pantang peluang semua dilucut.

Ambil masa kenali pencipta
Bukannya susah hanya membaca
Rugi Manusia terus begini
Aku harap kita sedari