Saturday, April 5, 2014

Perosak Bangsa




Niatnya murni, ketika remaja.
Untuk melihat, bangsanya terpelihara.

Keris pusaka, dijaganya rapi.
Pantang disentuh, tanpa dipersetujui.

Kitab suci, di pegangnya erat.
Ilmunya mengunung, penuh sarat.

Otaknya geliga, mulutnya mutiara.
Pakaiannya segak, mempersona bangsa.

Dirayunya kuasa, alasannya untuk memertabatkan bangsanya.
Dimintanya keris,  alasannya untuk  mempertahankan ketuananya.

Bangsanya, percayakan dia.

Bangsanya, berikan kuasa.

Malang.

Kini berkuasa, semakin berselera.
Nafsunya gagal, menahan gelora.

Bangsanya, bukan lagi perjuangan hakikinya.
Kuasa, menjadi kegilaannya.

Manusia, memang begitu dasarnya.

Dia kini, sibuk mencari harta.
Tatkala bangsanya, meraba-raba seperti orang buta.

Ya, dia masih laungkan perjuangan bangsanya.
Tapi sayang, ianya hanya sandiwara.